Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis siasat dakwaan buli berkait kematian remaja 14 tahun

today22 August 2026

Background


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus
Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata, remaja berusia 14 tahun terbabit disahkan meninggal dunia di HKL pada 18 Ogos lepas. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Polis sedang menyiasat kemungkinan wujud unsur gangguan dalam kes kematian seorang pelajar sekolah menengah berusia 14 tahun di Setapak, Kuala Lumpur, minggu lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas ibunya membuat panggilan kecemasan kira-kira 2 pagi pada 18 Ogos sebaik menemukan anak perempuannya itu di dalam bilik di rumah mereka di Jalan Langkawi.

Beliau berkata, remaja terbabit bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada kira-kira 2.25 pagi.

Proses bedah siasat telah dijalankan bagi mengesahkan punca kematian, tambahnya.

Fadil berkata, siasatan jenayah dibuka selepas polis menerima laporan daripada ibu mangsa pada 19 Ogos.

“Sebanyak 92 keterangan saksi telah dirakam bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Kes…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Kang Xian belum puas tuai emas

Bangi: Satu emas sudah berada dalam genggaman, namun gimnas Perak, Yeap Kang Xian enggan berhenti setakat itu apabila mengintai peluang menambah koleksi pingat pada hari terakhir saingan gimnastik artistik wanita dipertandingkan di Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 esok.

today22 August 2026