
Polis sedang menyiasat kemungkinan wujud unsur gangguan dalam kes kematian seorang pelajar sekolah menengah berusia 14 tahun di Setapak, Kuala Lumpur, minggu lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas ibunya membuat panggilan kecemasan kira-kira 2 pagi pada 18 Ogos sebaik menemukan anak perempuannya itu di dalam bilik di rumah mereka di Jalan Langkawi.
Beliau berkata, remaja terbabit bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada kira-kira 2.25 pagi.
Proses bedah siasat telah dijalankan bagi mengesahkan punca kematian, tambahnya.
Fadil berkata, siasatan jenayah dibuka selepas polis menerima laporan daripada ibu mangsa pada 19 Ogos.
“Sebanyak 92 keterangan saksi telah dirakam bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.
Kes…