
PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan berhubung himpunan “Selamatkan Malaysia” dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur 16 Sept ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid, berkata pihaknya menerima laporan semalam di IPD Dang Wangi berkenaan satu paparan klip video di TikTok oleh seorang individu yang menyeru orang ramai turun berhimpun di Kompleks Sogo.
“Satu kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Setakat ini sebanyak lima laporan polis diterima berkenaan paparan klip video tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, polis juga mengambil keterangan dua individu bagi membantu siasatan manakala empat orang lagi akan diambil keterangan dalam masa terdekat.
“Polis menasihatkan orang ramai tidak…