
PETALING JAYA:
Siasatan ke atas dakwaan Malaysia dijadikan hab transit pengalihan cip kecerdasan buatan (AI) Nvidia ke negara lain dimulakan polis sejak April 2025, kata Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.
Katanya, siasatan itu dijalankan susulan dakwaan Amerika Syarikat (AS) berhubung kemungkinan wujud kegiatan pemerolehan tidak sah dan penggunaan syarikat proksi di Malaysia.
Jelasnya, siasatan mengikut Akta Perdagangan Strategik 2010 (Akta 708) itu turut membabitkan agensi penguat kuasa lain, termasuk Bank Negara, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
“Kita ada pasukan petugas dipanggil STAC (Jawatankuasa Bertindak Perdagangan Strategik) dan polis…