
SEREMBAN: Polis sedang menyiasat berhubung kehilangan pendawaian sistem siren amaran banjir dalam kotak siren yang berada di kolam takungan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Taman Sungai Gemas, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Tampin Anuwal Ab Wahab berkata pihaknya segera ke lokasi berkenaan selepas menerima laporan daripada seorang kakitangan JPS pada 1.44 tengah hari.
“Pemeriksaan lelaki berkenaan kira-kira sejam sebelum itu mendapati terdapat kesan umpil di kotak siren dan di pintu pagar masuk ke kolam tadahan tersebut selain mengesyaki pendawaian kotak dan beberapa barangan dicuri dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM1,000.
“Lokasi siren itu juga berada berhampiran Sungai…