Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis siasat kejadian khianat, ugutan melibatkan Cikgu Chandra

today10 March 2026

Background


Shazeli Kahar
Pihak yang mempunyai maklumat diminta tampil bantu siasatan polis ke atas kes melibatkan akvitis, Cikgu Chandra. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Polis sedang menyiasat kejadian khianat serta ugutan jenayah melibatkan aktivis, S Chandrasegaran atau lebih dikenali sebagai Cikgu Chandra.

Sebelum ini, Chandrasegaran berkata dua individu bertopeng dan membawa parang merosakkan jeriji besi di hadapan rumahnya di Puchong, serta memecahkan cermin belakang keretanya, semalam.

Tiga kenderaan Chandrasegaran musnah dalam kebakaran selepas objek dipercayai bom petrol dilemparkan ke rumahnya, pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, berkata kejadian pertama disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan, manakala kejadian kedua disiasat bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan berkaitan khianat dengan api.

“Polis sedang menjalankan siasatan terperinci dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti motif serta pelaku yang terlibat,” menurut kenyataan.

Pihak yang mempunyai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post