Hot FM

Polis siasat kes buli MRSM, rambut pelajar dipotong, baju diconteng



Polis menerima dua laporan pada 8 dan 12 Ogos lalu berhubung kes membuli seorang pelajar perempuan MRSM Kuantan.(Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat kes membuli seorang pelajar perempuan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan.

Siasatan itu menyusul catatan ibu mangsa, Nazrah Mohamed menerusi Facebook semalam yang mendakwa tiada sebarang tindakan diambil pihak pengurusan MRSM Kuantan berhubung kes membuli anaknya.

Dalam hantaran itu, beliau berkata, baju sekolah anaknya diconteng dan rambut digunting ketika tidur, selain mendakwa wujud perbuatan khianat serta budaya gengsterisme di sekolah itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Wan Zahari Wan Busu berkata, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan perbuatan khianat, selepas dua laporan berasingan berhubung kejadian itu diterima pada 8 dan 12 Ogos lalu.

“Kami sudah bercakap dengan mangsa dan dua rakan sebiliknya, begitu juga pengetua sekolah dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version