Polis Johor giat mengesan suspek selepas merakam percakapan semua mangsa.

PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat dakwaan kumpulan muzik Indonesia, Radja menerima ugutan bunuh dan kata-kata kesat susulan laporan awal pagi tadi.
Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya giat mengesan suspek selepas merakam percakapan semua mangsa.
“Polis Johor mengesahkan ada menerima laporan polis pada 5.34 pagi tadi yang dibuat oleh pengurus artis berkenaan.
“Pengadu mendakwa kumpulan Radja menerima ugutan jenayah dan dilemparkan kata-kata kesat,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Katanya, polis Johor memandang serius perkara itu dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan membabitkan salah laku jenayah dan…
