Polis berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan selepas satu laporan dibuat seorang jemaah masjid.

PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan susulan laporan berkaitan tindakan seorang lelaki meminta jemaah masjid di Sungai Puyu, Butterworth memperlahankan pembesar suara bagi laungan azan, Rabu lalu.
Pemangku Ketua Polis Seberang Perai Utara, Siti Nor Salawati Saad, berkata kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.
“Seorang penduduk membuat laporan polis pada 28 Jun lalu berkait tindakan seorang lelaki yang tidak dikenali memintanya memperlahankan laungan azan kerana mendakwa terlalu kuat sehingga mengganggu penduduk sekitar,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, polis turut mengesan satu hantaran yang disebar di…