Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis siasat pelanggan tampar kakitangan Puspakom

today16 January 2025

Background


edisi siasat
Tangkap layar video tular menunjukkan suspek menampar kakitangan Puspakom kerana tidak berpuas hati selepas lori miliknya gagal pemeriksaan.

JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan video tular memaparkan seorang lelaki bertindak menampar seorang kakitangan Puspakom di Taman Daya berlaku November lalu.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat dalam kenyataan berkata pihaknya menerima video itu kira-kira 3 petang tadi menerusi satu pautan di aplikasi X.

Beliau berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira 5.40 petang pada 18 Nov lepas melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun yang merupakan pelanggan Puspakom.

Suspek katanya bertindak menampar seorang lelaki berusia 28 tahun selepas mendapati lorinya gagal dalam pemeriksaan kenderaan yang dijalankan mangsa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan,” katanya.

Beliau juga menasihati orang ramai untuk tidak menyebarkan video berkenaan di media sosial bagi mengelakkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post