
KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan terhadap seorang pemilik dan pengendali akaun Facebook kerana disyaki mengeluarkan kenyataan menghina Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan terhadap pemilik akaun Facebook itu dibuat susulan hantaran videonya pada 18 Ogos lalu.
“Pengendali akaun Facebook itu dipanggil ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk diambil keterangan semalam bagi membantu siasatan.
“Siasatan dijalankan bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan.
Shuhaily berkata, kes itu masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi…