
PETALING JAYA: Polis sedang siasat ugutan jenayah terhadap peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, susulan petisyennya ke mahkamah berkait Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid berkata polis terima tiga laporan daripada Nik Elin.
Laporan disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
“Satu kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan arahan lanjut dan dua lagi kertas siasatan masih dalam siasatan polis,” katanya dalam kenyataan.
Polis juga memohon bantuan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk mengenal pasti pemilik akaun media sosial yang terlibat.
Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan di media sosial.
“Sekiranya ingkar, tindakan mengikut Seksyen 507 KK yang boleh dihukum…