

Polis sedang menyiasat seorang individu selepas dipercayai membuat kenyataan fitnah terhadap Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam (Jais) menerusi hantaran di media sosial.
Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata tindakan itu susulan laporan diterima pihaknya pada Khamis lepas yang mendakwa kandungan berkenaan dibuat bagi menjejaskan imej Mais dan Jais.
“Pengadu mendakwa bahawa kandungan video tersebut adalah fitnah kerana melemparkan tuduhan rasuah serta penggunaan imuniti istana yang dilihat sengaja dibuat bagi menjejaskan imej Mais dan Jais,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selain memohon kerjasama orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi…