

Polis membuka kertas siasatan berhubung satu video tular di TikTok dipercayai dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang berpotensi mencemarkan imej pasukan itu.
Ketua Polis Jasin Lee Robert berkata, video itu memaparkan dua anggota polis lelaki mengiringi serta memegang tangan seorang wanita dipercayai bergari di belakang, di hadapan sebuah bangunan tertera tulisan Balai Polis Merlimau.
Menurutnya, siasatan dijalankan susulan laporan daripada seorang pegawai polis di balai polis terbabit, yang dibuat kira-kira 1.04 tengah hari tadi selepas melihat video itu.
“Siasatan awal mendapati video itu dipercayai dihasilkan menggunakan teknologi AI sebelum dimuat naik,” katanya, lapor Bernama.
Beliau berkata, laporan dibuat kerana kandungan itu berpotensi mencemarkan…