Site icon Hot FM

Polis siasat video tular pelajar sekolah ‘dibelasah’ di Kota Belud


Polis minta saksi kejadian tampil bantu siasatan.

Klip video tular sejak semalam dipercayai berlaku membabitkan pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Belud, Sabah.

PETALING JAYA: Polis akan mengambil tindakan terhadap pelajar disyaki terbabit pergaduhan dalam video tular di WhatsApp, sejak semalam.

Klip video tular sejak 7 malam itu dipercayai berlaku membabitkan pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Belud, Sabah.

Ketua Polis Kota Belud, Shahrudin Mat Husain, yang mengesahkan kejadian itu berkata, setakat pagi tadi, pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada individu terbabit atau pihak sekolah.

“Kami juga akan menyiasat sama ada ia pergaduhan atau kes buli dalam kalangan pelajar,” katanya menurut Harian Metro.

Shahrudin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan bersama pengurusan sekolah yang berkenaan.

Beliau turut meminta saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

“Orang ramai juga dipohon supaya tidak menyebarkan spekulasi atau maklumat palsu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version