Polis turut menafikan dakwaan bahawa tiada tindakan diambil terhadap kes berkenaan.

PETALING JAYA: Polis telah mengenal pasti identiti suspek yang dipercayai terlibat berhubung dakwaan melakukan penyeksaan terhadap anak kera ekor panjang, susulan satu laporan polis dibuat di IPD Shah Alam 20 Jan lalu.
Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, A Skandaguru, berkata polis menafikan dakwaan bahawa tiada tindakan diambil terhadap kes berkenaan.
“Dakwaan ini adalah tidak benar. Siasatan telah dijalankan dan suspek telah dikenal pasti.
“Kertas siasatan telah dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dan arahan telah diterima agar rakaman percakapan susulan dijalankan bagi melengkapkan lagi kertas siasatan tersebut.
“Sesi rakaman percakapan selanjutnya dijadualkan pada 15 Februari 2023. Kertas siasatan seterusnya akan dirujuk…
