Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis tahan 13 individu curi rel kereta api

today22 December 2022

Background



Ketua Polis Daerah Tampin Anuwal Ab Wahab (dua dari kanan) menunjukkan lori jenis Scania yang disyaki digunakan untuk mencuri rel kereta api berkenaan. (Gambar PDRM)

SEREMBAN: Polis menahan 13 individu termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes kehilangan rel kereta api anggaran seberat 72 tan membabitkan kerugian RM90,000 di kawasan laman Stesen Keretapi Gemas, di Tampin.

Ketua Polis Daerah Tampin Anuwal Ab Wahab berkata polis menerima laporan berkenaan kehilangan aset Keretapi Tanah Melayu Berhad itu daripada seorang wanita yang juga Pegawai Tadbir Perbadanan Aset Keretapi (RAC) pada 16 Dis lepas.

Beliau berkata suspek terdiri daripada seorang wanita dan 12 lelaki berusia lingkungan 35 hingga 56 tahun dan tangkapan dilakukan secara berperingkat di Rompin, Pahang, Jalan Campbell di Seremban, Klang, Selangor dan Masai, Johor.

“Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kontijen…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post