Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis tahan 2 lelaki ugut PM, timbalan KPN di FB

today28 October 2023

Background


Suhaily Mohd Zain mengingatkan orang ramai supaya sensitif terhadap isu boleh mengancam keselamatan negara. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Dua lelaki tempatan ditahan semalam disyaki membuat hantaran berbaur ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay di Facebook.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Suhaily Mohd Zain berkata suspek pertama yang dipercayai pemilik akaun Facebook ‘Nekad Hikers Ventures’, berusia 51 tahun ditahan Bandar Baru Bangi, Selangor.

“Suspek kedua dipercayai pemilik akaun Facebook ‘Jgad Zruu’ berumur 27 tahun ditangkap Bukit Mertajam, Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama dan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi yang boleh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post