Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis tahan 3 individu disyaki dera kanak-kanak di Jempol

today30 July 2022

Background



Polis berkata permohonan reman ke atas individu terbabit akan dilakukan esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki dan dua wanita hari ini dipercayai mempunyai kaitan kes mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Mahsan, Bandar Seri Jempol.

Ketua Polis Jempol, Hoo Chang Hook, berkata mereka ditahan pada 11.30 pagi selepas hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol bagi membantu siasatan kes itu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 42 tahun itu mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah dan satu rekod berkaitan dadah.

β€œPolis turut merampas sebuah telefon bimbit dan permohonan reman ke atas mereka akan dilakukan esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan polis mengesan tiga individu bagi membantu siasatan kes dera membabitkan seorang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post