Polis berkata mereka ditahan secara berasingan di Seberang Jaya dan Butterworth, di sini serta Kuala Kangsar, Perak semalam.

KEPALA BATAS: Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian suspek merampas dan melarikan sebuah Perodua Axia di lampu isyarat Jalan Bagan Lalang dekat sini semalam, yang videonya turut tular di media sosial.
Ketua Polis Seberang Perai Utara Mohd Asri Shafie berkata, tiga lelaki berusia 27 hingga 49 tahun itu ditahan secara berasingan di sini, di Seberang Jaya dan Butterworth, serta Kuala Kangsar, Perak semalam.
“Dalam kejadian 7.45 pagi semalam itu, mangsa yang memandu Perodua Axia berhenti di lampu isyarat berkenaan sebelum tiba-tiba didatangi tiga lelaki yang bertindak menariknya keluar (dari kereta). Suspek kemudiannya membawa lari kereta itu.
“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kerana ibu lelaki yang…