
GEORGE TOWN: Polis menahan empat lelaki dan merampas hampir dua juta batang rokok seludup bernilai RM2.08 juta termasuk cukai dalam serbuan Op Kontraban di dua gudang di Bukit Mertajam, dekat sini Isnin lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kesemua lelaki berusia 40 hingga 55 tahun itu ditahan selepas pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang menyerbu sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Ringan Permatang Tinggi, Bukit Mertajam pada 6.30 pagi.
“Dalam serbuan itu, polis merampas sejumlah rokok seludup sebelum menyerbu sebuah lagi gudang di Taman Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bukit Tengah, Bukit Mertajam yang turut dijadikan tempat penyimpanan rokok seludup.
“Polis merampas 198 kotak besar mengandungi 9,990 karton rokok…