Site icon Hot FM

Polis tahan 8 keldai akaun libat kerugian RM600,000


Semua suspek direman bagi membantu siasatan kes bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

PETALING JAYA: Polis menahan tujuh lelaki dan seorang wanita warga tempatan dipercayai menjadi keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan sehingga menyebabkan lapan mangsa kerugian RM623,834.70 di daerah Barat Daya, Balik Pulau, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Kamarul Rizal Jenal berkata mereka berusia 19 hingga 51 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Pulau Pinang dan Selangor oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya semalam.

“Daripada lapan individu ditahan itu, tiga kes membabitkan jumlah kerugian besar oleh mangsa iaitu kes pertama membabitkan penahanan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun di Pandamaran, Selangor yang menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan panggilan.

“Dalam kes itu, mangsa membuat laporan polis di Bayan Baru di sini selepas terperdaya dengan sindiket penipuan tersebut dan membuat 26 transaksi secara dalam talian ke akaun…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version