
KUANTAN: Polis berjaya melumpuhkan sindiket menggodam kad bank melibatkan mangsa dari negara Timur Tengah dengan penahanan dua lelaki di sebuah rumah di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata lelaki tempatan berumur 23 tahun yang berasal dari Selangor dan rakannya seorang lelaki warga China berusia 24 tahun ditahan sekitar 4 pagi oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuantan.
Beliau berkata sindiket berkenaan dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak pertengahan tahun ini dengan anggaran keuntungan sebanyak RM20,000 hingga RM30,000 sehari yang menyasarkan mangsa dari negara antaranya Arab Saudi, Qatar, Kuwait dan Turki.
Menurut Yahaya, suspek menggunakan laman sesawang palsu untuk mempromosikan barangan bagi menarik minat mangsa untuk membeli dan…