
SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh di Klang semalam selepas dipercayai memasang Jalur Gemilang secara terbalik di luar rumahnya.
Ketua Polis Klang Utara, S Vijaya Rao, berkata pihaknya menerima laporan mengenai perbuatan suspek berusia 30-an itu pada 12.40 tengah hari.
Beliau berkata, pengerusi komuniti penduduk cuba menasihati suspek namun dia bertindak melawan dan membuat provokasi selain enggan membetulkan kedudukan bendera itu.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara menangkap suspek yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang plastik sekitar Klang,” katanya dalam kenyataan.
Vijaya Rao berkata, suspek direman tiga hari dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun…