

Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memfitnah dan mengaibkan Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu berhubung penemuan pendaki wanita Jaslinda Saludin, menerusi siaran langsung di platform TikTok.
Ketua Polis Tapah Abdul Malik Hasim berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 30an itu ditahan di rumahnya di Ipoh, kira-kira 1 tengah hari tadi bagi membantu siasatan.
“Polis akan memohon perintah reman terhadap suspek di Mahkamah Tapah esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya, lapor Bernama.
Terdahulu, Abdul Malik dilaporkan berkata, kertas siasatan berhubung insiden itu dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, susulan 11 laporan polis yang diterima.
Semalam, lelaki terbabit…