Hot FM

Polis tahan lelaki disyaki muat naik hantaran hina Sultan Selangor


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman M Kumar berkata permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok bagi membantu siasatan lanjut.
PETALING JAYA:

Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung hantaran gambar penghinaan terhadap Sultan Selangor yang dimuat naik menerusi akaun Facebook ‘Lucas Liam’ pada 2 Mei lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar berkata suspek warga tempatan berusia 30an itu ditahan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 7.10 malam, tadi.

Katanya, tangkapan dibuat menerusi operasi bersama Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan IPK Pulau Pinang dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Tangkapan ini dibuat melalui kerjasama erat dengan SKMM yang membantu mengenal pasti individu dipercayai mempunyai kaitan dengan akaun yang disiasat.

“Turut dirampas dua unit telefon bimbit jenama Samsung beserta kad SIM yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran tersebut,” katanya dalam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version