

Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes samun, mendatangkan kecederaan serta ugutan jenayah terhadap dua lelaki warga asing di sekitar Taman Perling.
Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad berkata pihaknya menerima dua laporan polis berhubung kejadian itu pada 9 dan 10 Sept lepas daripada mangsa yang berusia 25 dan 35 tahun.
Beliau berkata suspek ditahan di kawasan Taman Perling pada 11 Sept, kira-kira 5.40 petang.
“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan awal air kencing adalah negatif.
“Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 18 Sept bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 392, Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang…