Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis tahan lelaki disyaki tikam ibu hingga mati

today4 December 2024

Background


tikam stab
Polis berkata suspek dipercayai mencederakan mangsa menggunakan pisau. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an berhubung kematian wanita dipercayai ibunya di Kluang, Johor, pagi tadi.

Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira 10.45 pagi mengenai seorang wanita tempatan usia 50-an ditemukan dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di Felda Ayer Hitam, Sri Lalang.

“Terdapat kesan tikaman di belakang badan mangsa. Suspek dipercayai menggunakan pisau,” katanya menurut Bernama.

Wanita itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

Bahrin berkata, pihaknya kemudian menahan seorang lelaki di lokasi kejadian kira-kira 11 pagi.

Katanya, siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah selain ujian urin negatif.

“Suspek akan direman esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post