Ketua Polis Port Dickson, Aidi Sham Mohamed berkata, suspek ditahan selepas mangsa membuat laporan polis.

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menghalang kenderaan lain sebelum mengeluarkan kata-kata berunsur lucah kepada seorang wanita di Bandar Springhill, Port Dickson semalam.
Ketua Polis Port Dickson, Aidi Sham Mohamed mengesahkan mangsa membuat satu laporan polis kira-kira jam 3.40 petang.
Katanya, susulan laporan itu polis mengesan dan menahan lelaki berusia 39 tahun tersebut untuk siasatan lanjut.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana telah mengaibkan kehormatan serta mengeluarkan perkataan tidak sopan di khalayak awam.
“Hasil saringan awal air kencing…
