

Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menyerang dan mencederakan seorang individu menggunakan pedang di sebuah tokong di Cameron Highlands semalam.
Ketua Polis Cameron Highlands Azri Ramli berkata suspek berusia 39 tahun itu ditahan selepas polis menerima maklumat daripada orang awam berkaitan kejadian tersebut kira-kira 6 petang, lapor Bernama.
Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa lelaki berusia 31 tahun itu berada di tokong berkenaan bersama beberapa rakannya untuk mengadakan upacara keagamaan.
“Secara tiba-tiba suspek datang ke pekarangan tokong terbabit dengan membuat bising dan mengganggu pengunjung.
“Apabila diminta beredar suspek naik berang dan mengambil pedang yang berada di tokong lalu melibas ke arah mangsa,” katanya.
Azri berkata, mangsa yang cuba menahan tindakan suspek mengalami…