Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis tahan lelaki pukul ibu hingga cedera, patah gigi

today21 February 2024

Background


Menurut polis, lelaki itu kini direman tujuh hari sehingga 27 Feb depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak berpuas hati almari kasut diletakkan di laluan masuk ke biliknya, seorang pemuda bertindak kejam memukul ibunya dengan menggunakan kunci stereng kereta, menyebabkan mangsa patah dua batang gigi dan berdarah di kepalanya.

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail, berkata dalam kejadian 12.30 malam itu, mangsa berusia 74 tahun dilaporkan sedang tidur, sebelum didatangi suspek yang kemudian bertindak memukul warga emas itu.

“Melihat kejadian itu, adik mangsa yang berusia 30-an cuba untuk menenangkan abangnya, namun dia turut ditumbuk,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ekoran kejadian itu ibu mangsa telah membuat laporan polis dan suspek yang berusia 36 tahun yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan, ditahan sejurus selepas itu.

Beliau berkata hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati mendapati negatif…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Jota tersisih beberapa bulan

London: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata, dia tidak dapat memberikan jangka masa untuk pemulihan kecederaan Diogo Jota tetapi menegaskan penyerangnya itu bakal tersisih beberapa bulan.

today21 February 2024