
SIBU: Polis menahan seorang lelaki yang memiliki sejarah masalah mental hari ini, kerana disyaki menceroboh dan merosakkan kubur di Tanah Perkuburan Islam Al-Qadim yang berusia lebih 100 tahun, di sini Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Sibu Zulkipli Suhaili berkata suspek berumur 49 tahun itu ditahan di Jalan Channel di sini kira-kira pukul 1 tengah hari tadi dan dirujuk ke wad psikiatri Hospital Sibu.
“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata satu laporan polis berhubung kejadian itu dibuat kira-kira 1.58 tengah hari Sabtu lepas dan siasatan awal mendapati 11 lot kubur dengan batu nisannya dicabut dan patah manakala empat lot lagi…