Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis tahan lelaki tumbuk pemandu wanita di Senawang

today30 March 2025

Background


tumbuk perempuan langgar anak
Video tular di TikTok menunjukkan seorang lelaki menyerang pemandu wanita yang masih berada dalam kereta sebelum menumbuknya dua kali.

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menumbuk pemandu wanita selepas berang anaknya dilanggar ketika melintas jalan berhampiran bazar Aidilfitri Dataran Senawang malam tadi.

Ketua Polis Seremban Mohamad Hatta Che Din berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan ketika dipanggil ke IPD Seremban untuk memberi keterangan, lapor Sinar Harian.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kerosakan.

Hatta berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.15 malam tadi membabitkan Perodua Axia dipandu wanita berusia 28 tahun dengan dua pejalan kaki iaitu seorang wanita berusia 34 tahun dan anak perempuannya berusia 7 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati pemandu Perodua Axia itu dalam perjalanan dari Mydin Senawang menghala ke…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post