
PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki membuat ancaman dan hasutan terhadap penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Whatsapp.
Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata lelaki berusia 57 tahun itu ditahan anggota bahagian Jabatan Siasatan Jenayah IPD Cheras pada jam 12.10 pagi tadi.
Katanya, tangkapan itu susulan satu laporan polis yang dibuat seorang pegawai penguatkuasa DBKL semalam mengenai satu hantaran di Facebook.
“Hantaran di Facebook itu memaparkan sebuah tangkap layar perbualan kumpulan Whatsapp mengenai ancaman dan hasutan kepada penguatkuasa DBKL.
“Pengadu menyatakan tangkap layar whatsapp tersebut merupakan ancaman, hasutan dan berbau ugutan dengan niat terhadap penguatkuasa DBKL sebagai penjawat awam yang menguatkuasakan undang-undang,” katanya dalam…