Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis tahan pengasas bersama syarikat penerbangan

today18 October 2023

Background


Ramli Mohamed Yoosuf berkata ketiga-tiganya ditahan membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Polis semalam menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’ serta isteri dan anak lelakinya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“Datuk berkenaan yang berusia 57 tahun bersama isteri, 55, dan anaknya, 26, ditahan di rumah mereka di Shah Alam pada 5.30 petang,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata polis akan membuat permohonan reman esok.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

‘Ramai tak sangka kami menang’

Kuala Lumpur: Pengendali Tajikistan, Segrt Petar mengakui pasukannya layak menjuarai Pestabola Merdeka selepas menewaskan skuad Harimau Malaya 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

today17 October 2023