Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis tahan, reman ibu 2 beradik dipercayai terjatuh dari tingkat 12

today8 June 2026

Background


Ab Rahaman Arsad
Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad berkata, polis menahan ibu dua beradik itu di sekitar Tampoi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Polis telah menahan ibu dua beradik yang dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Tampoi semalam.

Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Utara menahan wanita warga asing itu di sekitar Tampoi pada 12 tengah hari.

Wanita berusia 37 tahun itu kemudian direman selama empat hari bermula hari ini, tambahnya.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan juga didapati negatif,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Terdahulu dilaporkan seorang budak perempuan berusia 8 tahun maut, manakala abangnya berusia 10 tahun cedera parah selepas dipercayai terjatuh di sebuah pangsapuri semalam.

Menurut Ketua Polis Johor Bahru Utara Radin Ramlan Radin Taha, mangsa yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post