
PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki kerana didakwa memukul isteri menggunakan getah paip, buluh dan wayar telefon sebelum mengurung wanita itu bersama dua anak dalam bilik di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
Kejadian berlaku 12 tengah hari semalam ketika mangsa berusia 29 tahun berselisih faham dengan suaminya berusia 20-an.
Suspek dikatakan hilang pekerjaan ketika pandemik Covid-19, sering bergaduh dan memukul isterinya sebelum ini.
Harian Metro memetik sumber berkata, pertengkaran berakhir dengan suspek menyimbah muka mangsa dengan air suam dan terus memukulnya.
“Perbuatan dilakukan suspek terhadap isterinya disaksikan dua anak perempuan mereka. Selepas memukulnya, lelaki itu mengurung isterinya bersama dua anak perempuan dalam bilik tidur.
“Anaknya kemudian menghubungi ahli keluarga lain sebelum…