Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis tahan warga asing patah pengelap cermin kereta

today21 October 2024

Background


Rakaman video tular menunjukkan suspek mematahkan pengelap cermin beberapa buah kereta di Terminal Bas Batu Pahat di Johor semalam.

BATU PAHAT: Seorang lelaki warga asing berusia 25 tahun ditahan kerana melakukan khianat terhadap beberapa kenderaan yang diparkir berhampiran Terminal Bas Batu Pahat semalam.

Ketua Polis Batu Pahat Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata penahanan itu susulan tularnya satu rakaman video di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki mematahkan pengelap cermin kereta yang diparkir.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku sekitar pukul 3.30 petang semalam, dan berdasarkan maklumat yang diterima daripada anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB), pihak polis berjaya menahan suspek untuk siasatan lanjut.

“Polis menjumpai sebilah pisau lipat dalam beg sandang suspek semasa tangkapan. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 437 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

“Suspek juga disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post