
Polis tidak membenarkan penganjur meneruskan perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram di depan kompleks beli-belah Sogo di sini, malam ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, berkata keputusan itu dibuat susulan risikan keselamatan dan selepas mendapatkan maklum balas pihak terbabit, termasuk pemilik premis di sekitar lokasi tersebut.
“Polis menerima surat bantahan semalam daripada pemilik premis Kompleks Sogo, Pertama Kompleks dan Harissons serta premis berhampiran tentang kebimbangan terhadap keselamatan pelanggan yang hendak membeli-belah dalam masa itu.
“Maklumat bebas juga diperolehi tentang kemungkinan berlaku pecah keamanan dan ancaman keselamatan kepada masyarakat di lokasi perhimpunan yang dijangka dipenuhi orang ramai membeli-belah sempena sambutan…