
KUALA LUMPUR: Polis setakat ini tidak bercadang mengharamkan program perhimpunan “We Are RXZ”, sebaliknya mahu penganjur mematuhi prosedur semasa ditetapkan pihak berkuasa.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata ia termasuk prosedur dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT), kerajaan negeri dan polis peringkat kontinjen.
“Sebelum penganjuran sesuatu acara dibenarkan, ia melibatkan banyak pihak, termasuk PBT yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen, selain kebenaran pihak polis.
“JSPT akan memfokuskan kawalan lalu lintas dan keselamatan berdasarkan jumlah peserta, kenderaan serta orang ramai ingin hadir acara itu,” katanya kepada Bernama.
Semalam, Ketua Polis Terengganu, Mohd Khairi Khairuddin, berkata tiga individu maut…