Site icon Hot FM

Polis tak tolak ada tangkapan baharu kes pelaburan i-Serve


Pengarah JSJK Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf, berkata tujuh hingga lapan syarikat dipercayai terbabit dalam kes pengubahan wang haram libat syarikat pelaburan i-Serve. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan ada beberapa lagi tangkapan berhubung kes pengubahan wang haram membabitkan syarikat pelaburan i-Serve dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama syarikat penerbangan MYAirline.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf, berkata ia susulan JSJK menerima 82 laporan polis baharu berhubung kes berkenaan yang melibatkan nilai kerugian dianggarkan RM87 juta.

Beliau berkata, JSJK sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui perincian maklumat peranan setiap individu yang terlibat dengan syarikat terbabit.

“Beberapa tangkapan akan dibuat, namun ia bergantung kepada siasatan kami,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman.

Beliau berkata, terdapat tujuh hingga lapan syarikat dipercayai terbabit dalam kes…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version