Site icon Hot FM

Polis tangkap 2 lelaki curi kad sistem TM


Ketua Polis Muallim Mohd Hasni Mohd Nasir berkata berkata kedua-dua suspek dipercayai terbabit dengan sembilan lagi kes kecurian kad sistem TM di Muallim melibatkan kerugian RM350,530.

IPOH: Helah dua lelaki memperdaya polis dengan memakai baju berlogo Telekom Malaysia (TM) untuk mencuri kad sistem milik TM gagal apabila suspek yang sedang melakukan kegiatan itu, berhampiran stesen minyak di Slim River dekat Tanjung Malim, semalam diberkas.

Ketua Polis Muallim Mohd Hasni Mohd Nasir berkata semasa anggota dari Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Slim River melakukan tugas rondaan cegah jenayah di sekitar pekan Slim River pada 11 pagi semalam, ternampak dua suspek sedang membuka kabinet kad sistem.

“Apabila pihak polis cuba menghampiri, kedua-dua suspek terus melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis Honda Accord yang didapati menggunakan plat pendaftaran palsu.

“Pihak polis terus bertindak mengejar kereta tersebut dan berjaya menahan suspek di tepi Jalan Ibrahim Mohd…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version