Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis tawar diskaun kompaun 80% selama 4 hari, bermula esok

today8 December 2021

Background



Tawaran diskaun kompaun itu bermula esok sehingga 12 Disember, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Mat Kasim Karim. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Polis menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 80%, bermula esok hingga 12 Dis ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Mat Kasim Karim, berkata tawaran diskaun itu sempena program 100 hari Aspirasi #KeluargaMalaysia, yang akan dirasmikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, esok, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

“Semua pembayaran kompaun boleh dibuat di kaunter polis di KLCC, kaunter bayaran saman trafik Ibu Pejabat Polis Daerah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen, selain portal serta aplikasi MyBayar sepanjang tempoh empat hari tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, beliau berkata tawaran pengurangan saman itu, tidak melibatkan kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan utama dilakukan, kesalahan kenderaan berat serta…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post