Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis tembak mati 2 lelaki di Hentian Tanjung Malim

today2 June 2024

Background


Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, berkata dua suspek ditemukan meninggal dunia selepas insiden berbalas tembak dengan polis, malam tadi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Dua lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis, di KM396.5 Hentian Sebelah Tanjung Malim arah utara, Perak, malam tadi.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, berkata sebelum kejadian sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah IPK Perak mengekori sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan, pada 11.32 malam.

Katanya, selepas sedar diekori, suspek bertindak melarikan diri dan memasuki Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.

“Polis mengejar suspek sehingga ke Hentian Sebelah Tanjung Malim dan berjaya menghentikan kenderaan suspek.

“Semasa kejadian suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan dan polis membalas tembakan sehingga keadaan selamat. Pemeriksaan mendapati dua suspek dalam kenderaan tersebut dalam keadaan berlumuran darah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Shereen pecah rekod kebangsaan 400m

Kuala Lumpur: Pelari 400 meter (m) wanita negara, Shereen Samson Vallabouy memperoleh tonik terbaik dalam usahanya untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas berjaya memperbaharui rekod kebangsaan miliknya.

today2 June 2024