Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis tembak mati suspek kes bunuh

today31 January 2024

Background


Lelaki itu dipercayai terbabit kes pembunuhan seorang wanita Indonesia di Sungai Way, Petaling Jaya, Isnin lalu.

Suspek cuba menyerang polis menggunakan parang sebelum ditembak mati.

PETALING JAYA: Suspek kes bunuh seorang wanita warga Indonesia ditembak mati oleh polis di sebuah flet di Bukit Subang, hari ini.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata kejadian berlaku ketika sepasukan anggota dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menyerbu rumah di tingkat lima sebuah flet kira-kira 5.30 petang.

Menurutnya, lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 20-an itu bertindak agresif menyerang anggota polis menggunakan parang.

“Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan bagi mempertahankan diri menyebabkan suspek meninggal dunia di tempat kejadian.

“Sebilah parang panjang berukuran 28 sentimeter turut dirampas dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, suspek dipercayai terbabit dalam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Faisal kekal milik Selangor FC

Kuala Lumpur: Pemain sayap lincah skuad kebangsaan, Faisal Halim akan terus menjadi nadi buat Selangor FC (SFC) selepas kekal bersama The Red Giants bagi musim 2024/25.

today31 January 2024