Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis temui rim besi disyaki daripada tayar lori nahas 7 maut

today5 January 2025

Background


Pada 23 Dis lepas, tujuh maut manakala 33 cedera dalam kemalangan yang berpunca daripada tayar lori tercabut di Kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara. (Gambar Facebook)

ALOR GAJAH: Polis telah menemukan komponen rim besi yang dipercayai berasal daripada tayar lori yang menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara pada 23 Dis lepas.

Ketua Polis Alor Gajah, Ashari Abu Samah, berkata komponen tersebut dikenal pasti semalam di Pusat Pelupusan Sampah di Jalan Solok, Tangkak, Johor.

“Rim besi itu telah diserahkan oleh pihak subkontraktor PROPEL (Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad) kepada polis, dan satu laporan rampasan telah dibuat. Komponen tersebut akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan bahawa polis sedang giat mengesan tayar yang dipercayai menjadi punca kemalangan berkenaan.

Pada 23 Dis lepas, tujuh maut manakala 33 cedera dalam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Arteta kecewa keputusan seri 1-1 di Brighton

Brighton: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, meluahkan rasa kecewanya dengan menegaskan bahawa dia tidak pernah melihat penalti kontroversi yang serupa seperti diberikan kepada Brighton menyebabkan mereka seri 1-1 awal pagi tadi sekali gus memberi tamparan kepada cabaran gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) mereka.

today5 January 2025