Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis terima 10 laporan GISBH tak bayar gaji pekerja

today25 September 2024

Background


GISBH RAWANG-SITA
Mangsa berkenaan boleh ditakrifkan sebagai buruh paksa menurut Akta Kerja 1995, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

KUALA LUMPUR: Polis telah menerima 10 laporan daripada pekerja GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang mendakwa mereka tidak menerima sebarang bayaran gaji sepanjang bertugas di premis milik syarikat itu di seluruh negara.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata siasatan mendapati kejadian berlaku dari 2013 hingga tahun ini di Miri, Sarawak; Rawang, Selangor dan Alor Setar, Kedah melibatkan mangsa berusia lingkungan 14 hingga 20 tahun.

Beliau berkata GISBH juga gagal memberikan elaun kepada pekerja terbabit.

“Mangsa ini boleh ditakrifkan sebagai buruh paksa menurut Seksyen 90B Akta Kerja 1995,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Razarudin berkata laporan itu diterima selepas pihaknya menggesa ahli GISBH yang pernah menjadi mangsa eksploitasi sebagai buruh paksa agar tampil memberi maklumat.

Pada 8 Sept lepas, Mahkamah Buruh di Johor memerintahkan GISBH…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post