
KUALA LUMPUR: Polis menerima 220 laporan berhubung skim penipuan Zuttelo melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM84,579,831.76 sejak Ogos lalu.
Setiausaha Polis, Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata pihaknya menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) sedang menyiasat sindiket itu yang dikesan aktif menjalankan kegiatan penipuan di seluruh negara sejak dua tahun lalu.
“Berdasarkan siasatan, kegiatan pelaburan ini mula aktif sejak 2020 sehingga laman web syarikat tersebut ditutup sekitar Ogos tahun ini.
“Skim pelaburan ini menawarkan sembilan pakej pelaburan dengan jumlah pelaburan antara USD630 hingga USD12,700 dengan setiap pelabur dijanjikan pulangan minimum sebanyak 16.5% sebulan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pelabur yang berminat perlu mendaftar melalui aplikasi www.8liga.net…