Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis terima 24 laporan tipu pakej pelancongan ke Korea Selatan

today19 December 2024

Background


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf berkata setakat ini kerugian yang dilaporkan mangsa berjumlah RM454,450. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Polis menerima 24 laporan daripada individu mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan dikendalikan seorang pempengaruh dan usahawan tempatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf berkata nilai kerugian semua mangsa melibatkan RM454,450.

“Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sebahagian kes dirujuk kepada Tribunal Tuntutan Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Sos Sara Hidup untuk tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

“Mangsa yang terlibat dinasihatkan segera tampil membuat laporan polis agar satu siasatan yang sewajarnya dapat dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata bagi membendung kes penipuan pakej pelancongan, orang ramai dinasihatkan membuat semakan terhadap…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post