Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis terima laporan pelajar Tingkatan 1 dipukul, ditendang

today16 September 2023

Background


Tangkap layar daripada video tular menunjukkan seorang pelajar lelaki dibawa mendapatkan rawatan dipercayai akibat dipukul.

PETALING JAYA: Polis menerima laporan seorang pelajar lelaki mendakwa dipukul dan ditendang dalam kawasan sebuah sekolah menengah di Kuala Nerus, Terengganu kira-kira 12.30 tengah hari Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Terengganu, Abdul Rahim Md Din berkata pelajar Tingkatan Satu itu dalam laporannya mendakwa didatangi tiga pelajar lelaki di bengkel sekolah yang bertanyakan di mana rakan mangsa.

“Difahamkan, suspek bertanyakan seorang rakan pengadu kerana mahu memukul pelajar berkenaan.

“Pengadu kemudian memberitahu tidak pasti di mana kawannya berada dan meminta suspek beredar serta tidak memukul di kawasan sekolah,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, suspek kemudian memukul dan menendang muka serta badan pengadu sebelum beredar.

Katanya, kejadian itu disedari guru yang terjumpa pengadu dalam bengkel sebelum membawanya ke hospital untuk…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post